KEMAMAN – Nelayan yang terselamat dalam insiden bot karam di perairan Kemaman dekat sini Khamis lalu terpaksa berpaut pada penutup tong ikan selama 11 jam di laut sebelum diselamatkan kerana kurang mahir berenang. Mahadi Jusoh, 51, berkata, saat diselamatkan sekumpulan nelayan lain pada pukul 11.30 pagi, hatinya berbaur antara syukur masih diberi peluang kedua untuk hidup dan sayu mengenangkan nasib dua rakannya, Azan Muda, 68, dan Nordin Mohammad, 61, yang masih belum diketahui. Berkongsi detik cemas kejadian itu, dia memberitahu,…














