fbpx
Tangkap layar video tular seorang lelaki memanjat sebatang tiang di sebuah taman perumahan di Bahau, di sini, semalam untuk mencuri kabel.

[VIDEO] Pencuri kabel ala Spiderman ‘disergah’ di Bahau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Perbuatan seorang lelaki mahu mencuri kabel yang berjaya dijatuhkannya selepas memanjat sebatang tiang seperti gaya Spiderman di sebuah taman perumahan di Bahau, di sini semalam gagal selepas dia ‘disergah’ penduduk.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, sebaik pihak polis mendapat maklumat pada malam semalam dan ke lokasi kejadian, suspek telah melarikan diri meninggalkan motosikal yang digunakan dalam jenayah berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, pengadu iaitu pekerja syarikat telekomunikasi berkenaan menyedari kabel telah dipotong dan dicuri kira-kira pukul 8 malam semalam. Dianggarkan kabel sepanjang 420 meter telah dipotong dan dicuri. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tidak jauh dari tempat kejadian terdapat sebuah motorsikal jenis Honda Dash yang disyaki telah ditinggalkan oleh suspek.

“Siasatan lanjut mendapati motorsikal tersebut tiada rekod hilang dan didaftarkan atas nama seorang lelaki di Selangor. Polis kini sedang mengesan suspek dalam kejadian yang membabitkan kerugian sebanyak RM 8,400,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ujar Norhisham, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol turut meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan mendapati terdapat pergerakan suspek berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 235, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN