fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa 5 negeri hingga petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Rompin di Pahang.

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor,” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis), Miri (Marudi) dan Limbang (Limbang).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Cuaca buruk itu turut dijangka berlaku di seluruh Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN