fbpx
Elmina Lakeside menggabungkan segmen runcit, rekreasi, ruang komuniti dan alam semula jadi dalam ekosistem perbandaran yang bersambung selain mewujudkan destinasi yang meriah di tengah-tengah pusat bandar Elmina.

Sime Darby Property menang anugerah World Gold di Vienna baru-baru ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) telah memenangi World Gold Award di bawah kategori runcit untuk hartanah Elmina Lakeside Mall pada FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2026 yang berlangsung di Vienna, Austria baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, pengiktirafan antarabangsa ini meletakkan Elmina Lakeside Mall sebaris dengan pembangunan runcit terkemuka dunia, sekali gus mengesahkan pendekatan Sime Darby Property dalam mewujudkan ekosistem perbandaran berhubung yang menggabungkan runcit, komuniti, rekreasi dan alam semula jadi sebagai satu pengalaman bersepadu.

“Memenangi anugerah ini mengesahkan pendekatan syarikat dalam membangunkan projek bersepadu yang memberi nilai melebihi aset individu.

“Elmina Lakeside Mall dibangunkan sebagai sebahagian daripada ekosistem perbandaran yang lebih luas, menggabungkan runcit, rekreasi, ruang komuniti dan alam semula jadi dalam persekitaran berhubung yang menyokong cara hidup, bekerja dan berinteraksi masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah ini dianjurkan oleh Fédération Internationale des Administrateurs de Biens-Conselis Immobiliers (FIABCI), yang mengiktiraf pembangunan terbaik di seluruh dunia, dinilai oleh panel antarabangsa terdiri daripada profesional hartanah dan pakar industri.

Penilaian dibuat secara menyeluruh, bukan sahaja dari segi reka bentuk dan skala, tetapi juga fungsi, impak dan nilai keseluruhan yang diberikan.

Elmina Lakeside Mall direka berasaskan konsep pusat beli-belah dalam taman, taman dalam pusat beli-belah, yang mengintegrasikan runcit, rekreasi dan ruang komuniti dalam persekitaran mesra alam yang boleh diakses dengan berjalan kaki.

Pembangunan runcit terbuka ini meliputi keluasan 20.8 hektar dengan sembilan blok bangunan satu dan dua tingkat itu, menawarkan kira-kira 214,000 kaki persegi ruang runcit boleh disewa bersih dan menjadi nadi komersial kepada Elmina City Centre seluas 140 hektar ekar.

Pusat beli-belah ini mencapai kadar penghunian penuh dalam tempoh lapan bulan selepas pra-pembukaan pada Ogos 2024 dan kini berkhidmat kepada kawasan tadahan kira-kira 1,000,000 penduduk.

Selain runcit, pembangunan ini turut menyediakan kemudahan berorientasikan komuniti termasuk ruang acara dalaman dan luaran, promenade tepi tasik, serta sambungan terus ke Urban Park seluas 35 ekar yang bersebelahan.

Selaras dengan Sustainability Strategy and Roadmap 2030 (SSR2030) Sime Darby Property, Elmina Lakeside Mall telah menerima pensijilan GreenRE Silver, manakala Sales Gallery memperoleh pensijilan GreenRE Platinum.

Pembangunan ini turut menggabungkan ciri reka bentuk mampan termasuk bumbung sedia solar, pencahayaan LED, kelengkapan jimat air, ruang pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan akses mesra basikal.

World Gold Award ini menyusul selepas kejayaan Elmina Lakeside Mall di FIABCI Malaysia Property Award 2025, di mana pembangunan tersebut menerima Gold Award dalam kategori runcit sebelum mewakili Malaysia di peringkat global.

Azmir mengulas, pengiktirafan antarabangsa seperti ini mengukuhkan kekuatan model pembangunan perbandaran dan komitmen syarikat untuk mencipta nilai jangka panjang, selaras dengan tujuan memacu hartanah sebagai pengganda nilai untuk masyarakat, perniagaan, ekonomi dan planet.

“Kami berterima kasih kepada FIABCI atas anugerah ini dan akan terus fokus membangunkan projek yang berdaya tahan secara komersial, bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan relevan kepada komuniti yang kami berkhidmat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN