MARAN – Niat suci untuk menyumbang kepada agama bertukar menjadi tanda tanya apabila sejumlah naskhah al-Quran yang didakwa diwakafkan ditemui dalam keadaan masih baharu, namun menunggu giliran untuk dilupuskan di Kompleks Pemuliaan al-Quran di Chenor, dekat sini. Penemuan itu mencetuskan persoalan besar tentang bagaimana proses wakaf diuruskan, khususnya apabila melibatkan naskhah al-Quran yang sepatutnya diagihkan kepada umat Islam untuk dimanfaatkan. Kompleks Pemuliaan al-Quran berkenaan memainkan peranan penting dalam memuliakan al-Quran yang rosak, koyak atau tidak lagi sesuai digunakan melalui kaedah…














