fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh @Galuhcendrakirana memaparkan seorang remaja perempuan yang sedang mengaji di dalam bas.

Remaja Gen Z mengaji dalam bas dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang remaja perempuan Gen Z memanfaatkan masa di dalam bas dengan membaca al-Quran dipuji pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Galuhcendrakirana, dia meluahkan rasa kagumnya melihat remaja tersebut yang meluangkan masa lapangnya dengan membaca al-Quran ketika dalam perjalanan dari Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pagi tadi.

“Wahai adik Gen Z yang duduk di kerusi 1B dalam bas Neo Liner pukul 8.30 pagi tadi, acik memang bangga dengan awak.

“Walaupun dalam video tak jelas sangat suara dia, tapi awak memang menginsafkan acik,” katanya.

Lebih melucukan, keadaan itu dianggap menginsafkan baginya kerana tujuan utama dia menaiki bas tersebut adalah untuk menghadiri konsert kumpulan rock terkenal Indonesia, Dewa 19.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh remaja perempuan tersebut.

“Terbaik adik ni, macam ini baru bagus untuk masa depan generasi akan datang. Dia memberi kebaikan pada orang sekeliling,” ujar @Maz_linda.

“Adik ni jadi asbab perjalanan bas tu selamat pergi dan selamat balik,” kata @Fslrzm. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN