fbpx
Muhamad Akmal berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

‘Aku ABU, aku budak UMNO’ – Dr. Akmal Saleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya berdiri teguh atas prinsip parti.

Menurutnya, dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai ‘budak’ kepada mana-mana pemimpin adalah tidak berasas dan cuba mengelirukan persepsi.

“Saya bukan budak (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, saya bukan budak (Datuk Seri) Mohamad Hasan dan saya bukan budak Khairy Jamaluddin.

“Tetapi saya adalah ‘Abu’ yang bermaksud ‘aku budak UMNO’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di sini hari ini.

Akmal berkata, prinsip itu penting bagi memastikan kekuatan dan kestabilan parti terus terpelihara tanpa dipengaruhi kepentingan individu.

Tambahnya, setiap ahli perlu meletakkan kesetiaan kepada parti sebagai keutamaan dalam menghadapi cabaran politik semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN