fbpx

PM10: Masa untuk Anwar buktikan kepimpinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
Wartawan Eksekutif, Noor Hasliza Nusi

TIBA masanya rakyat di negara ini menerima hakikat pembentukan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lembaran sejarah baharu politik negara telah disatukan menerusi mandat diberikan rakyat terhadap pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Gelombang perpaduan ini bukan sesuatu yang baharu, justeru apa yang perlu difokuskan ketika ini adalah penerimaan rakyat dan kerajaan demi memastikan kemakmuran serta keamanan tanah air.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, jalinan hubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat sangat diperlukan dan hanya akan wujud sekiranya kedua-dua pihak memelihara hak dan kewajipan masing-masing.

“Dalam konteks ini, kerajaan hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh meme­nuhi keperluan rakyat dan mencapai kepentingan mereka dalam segenap bidang kehidupan.

“Kepentingan ini meliputi aspek fizikal, intelektual dan spiri­tual. Justeru, mereka yang dipilih ke jawatan kepimpinan hendaklah menganggap diri mereka sebagai ‘khadam’ rakyat yang sentiasa bersedia untuk mencurah khidmat bakti.

“Antara hak rakyat yang pen­ting dan wajib ditunaikan adalah menegakkan keadilan tanpa mengira kedudukan serta menyebelahi mana-mana individu dan tanpa diskriminasi walau dengan apa sebab sekalipun,” katanya kepada Kosmo!.

Tambahnya, dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan berkesan, kerajaan seharusnya melantik para pegawai dan penjawat awam berdasarkan kecekapan dan kebolehan mengurus.

“Pemantauan rapi perlu dilakukan semua kementerian untuk memastikan prestasi dan kualiti perkhidmatan mencapai tahap maksimum.

“Khususnya bagi kepentingan Agama Islam dan masyarakat Islam, kerajaan hendaklah berusaha secara serius dan konsisten bagi menegakkan hukum agama, menyebarkan dakwah Islamiy­yah serta kebajikan di samping mencegah kemungkaran termasuk menghalang ajaran-ajaran sesat dan menyeleweng dalam masyarakat,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Wan Salim, rakyat hendaklah sentiasa menumpahkan taat setia dan mematuhi segala arahan kerajaan selama mana tidak diperintah melakukan maksiat dan bertentangan hukum agama.

“Untuk mencapai kesejahte­raan dan kerukunan hidup rakyat di samping memastikan suasana aman bagi memboleh­kan negara mencapai kemajuan, maka rakyat dikehendaki membantu kerajaan melaksanakan tanggung jawabnya dengan sempurna untuk kepentingan semua,” tambahnya

Pensyarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Syed Mohamad Syed Abdullah berkata, pemilih terutamanya golongan muda dinasihatkan agar mengawal kemarahan dan berlapang dada menerima seadanya keputusan kemenangan atau kekalahan calon pilihan.

“Jangan terpalit dengan rasa kebencian terhadap mana-mana individu. Kawal amarah dan perlu mengelak sebarang perkara negatif berlaku.

“Bagi pengundi muda atau pemilih pertama kali, jangan sesekali berasa kecewa. Ini pro­ses kita memperoleh pengalaman berharga dalam konteks kehidupan masyarakat,” ujarnya.

Bagi penulis, usah banyak bunyi, kini kita semua dambakan perubahan yang dinyatakan Perdana Menteri baharu buat ke­sejahteraan rakyat Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI