fbpx
Avatar yang dikongsi Perdana Menteri di laman Facebooknya hari ini.

Kongsi pandangan, aspirasi di Avatar ini – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai kini berpeluang menyampaikan pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara terus melalui Avatar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, suara rakyat daripada pelbagai latar belakang penting dalam usaha membina masa depan negara yang lebih baik.

Ini kerana katanya, Malaysia dibina berasaskan cita-cita, kudrat dan kekuatan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum serta budaya.

“Saya amat berharap bahawa kalian boleh kongsikan pandangan, kebimbangan, dan aspirasi secara terus melalui avatar ini kerana saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya ia berpaksi pada suara dan kehendak rakyat.

“Saya mengajak semua untuk ikut serta dalam kempen ini dan mula mencipta wacana yang segar untuk negara dan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Pada hantaran itu, Perdana Menteri turut meninggalkan nombor telefon bagi menyuarakan pandangan menerusi aplikasi WhatsApp https://wa.me/60378850523.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, beliau mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda.

Ia termasuk pengorbanan oleh sekalian ibu bapa, warga emas serta suara rakyat mendambakan masa depan yang jauh lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN