fbpx

Da’i Syed, Hana Ismail bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Da'i Syed dan Hana bersama ibu mereka.

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sah bertunang dengan pengacara stesen televisyen Al Hijrah iaitu Hana Ismail.

Berita itu dikongsikan oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida menerusi akaun Instagramnya.

“Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagian sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka.

“Jaga amanah ini sebaiknya (Da’i Syed, Hana). Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat Allah SWT,” katanya pada hantaran tersebut berserta video.

Umie turut meletakkan ‘hashtag’ #majlismerisikdanbertunang pada hantaran itu.

Sebelum ini media melaporkan, Da’i Syed mengakui dia sedang mengenali hati budi selepas ditanya mengenai status hubungannya dengan Hana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI