TIDAK melenting, Fazley sebaliknya berasakan dakwaan sudah bertunang dengan Vida sekadar satu salah faham. Semuanya berpunca daripada gurauan Vida dalam konten media sosialnya.

‘Pasukan konten DSV sekadar bergurau, kami belum bertunang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan segala spekulasi kononnya sudah bertunang dengan kekasihnyanya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida seperti yang tular dalam media sosial.

Menurut Fazley, 47, dakwaan tersebut dipercayai tercetus selepas pasukan kandungan Datuk Seri Vida bergurau dengan netizen menerusi hantaran dalam media sosial.

“Saya rasa pasukan konten DSV sekadar bergurau dengan netizen sahaja.

“Kami belum lagi bertunang,” katanya.

Fazley bagaimanapun tidak menafikan hubungan mereka kini berada pada tahap yang lebih serius selepas kedua-duanya melalui proses mengenali hati budi masing-masing.

Dalam masa sama, Fazley meminta orang ramai mendoakan agar hubungan yang terjalin antara dirinya dan Vida dipermudahkan serta dapat melangkah ke fasa seterusnya pada masa yang sesuai.

“Masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing, tetapi sudah tentu dalam perancangan untuk ke fasa yang lebih serius.

“Doakan kami berdua ya semua,” katanya lagi.

Terdahulu, Vida mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah hantaran yang mendakwa dia dan Fazley sudah bertunang dan sedang melalui dugaan fasa tersebut ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN