fbpx

Wanita tinggal di asrama lelaki secara rahsia kerana cari cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelia asrama lelaki cuba memujuk wanita yang menyelinap masuk ke asrama lelaki sebuah kilang elektronik untuk mencari teman lelaki. - NetEase

BEIJING – Seorang wanita di China bertindak di luar kebiasaan apabila menyamar menjadi seorang lelaki dan secara curi-curi,  tinggal di asrama pekerja lelaki kerana mahu mencari calon kekasih, lapor laman berita Mothership semalam.

Paparan di platform media sosial NetEase menyatakan,  wanita itu  menyelinap masuk ke dalam asrama lelaki yang menempatkan pekerja sebuah kilang elektronik.

Penyamaran wanita itu akhirnya berjaya dibongkar oleh pekerja di asrama itu dan melaporkannya kepada penyelia kediaman.

Pada mulanya, wanita itu enggan meninggalkan asrama lelaki walaupun pihak pengurusan telah menyediakan tempat tinggal baharu di dorm wanita.

“Dia enggan keluar kerana takut peluang bertemu cinta semakin tipis. Wanita itu juga memaklumkan bahawa dia sudah menemui seorang lelaki yang diminati di asrama tersebut,” tulis keterangan pada paparan berkenaan.

Wanita itu hanya bersetuju untuk berpindah selepas penyelia berjanji untuk mengatur janji temu dengan lelaki yang diminatinya.

Artikel itu juga menyatakan bahawa wanita itu mungkin mempunyai masalah perkembangan mental atau lembam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI