fbpx

Daiwa House Group bina gudang terbesar di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
URAKAWA (depan, kanan) menyampaikan cenderamata kepada Chang Kim (depan, kiri) ketika majlis pecah tanah DPL Malaysia III yang diadakan di Shah Alam, Selangor, 20 September lalu.

PETALING JAYA – Syarikat pembinaan, Kumpulan Daiwa House akan membina gudang logistik pelbagai kemudahan tiga tingkat dengan keluasan lantai kasar terbesar yang pernah dibina syarikat itu di luar Jepun.

Gudang dinamakan sebagai DPL Malaysia III di Shah Alam itu memiliki keluasan lantai kasar 156,292 meter persegi, bersamaan kira-kira tiga kali ganda saiz Stadium Tokyo.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Daiwa House Industries Co. Ltd., Tatsuya Urakawa, kemudahan tersebut dijangka siap pada penghujung Januari 2025 dan turut dilengkapi kemudahan tenaga solar pada bahagian bumbung.

“Kami berbesar hati dengan sokongan diberikan oleh kerajaan negeri Selangor, kedutaan Jepun di Malaysia dan pihak-pihak berkuasa lain di Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami sehingga majlis pecah tanah untuk DPL Malaysia III dapat direalisasikan.

“Terima kasih juga kepada pihak konsultan, iaitu IPPM serta kontraktor SLG yang turut memainkan peranan penting,” katanya.

DPL Malaysia III merupakan gudang logistik ketiga yang ditubuhkan Daiwa House di Malaysia selepas D Project Malaysia I dan D Project Malaysia II, masing-masing siap pada Ogos 2020 dan Oktober 2021.

Ketiga-tiga gudang itu terletak di Shah Alam.

Pada 20 September lalu, majlis pecah tanah DPL Malaysia III diadakan di Shah Alam dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan & Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Kumpulan Daiwa House merupakan syarikat multinasional dari Jepun yang beroperasi di 24 buah negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Pembangunan gudang logistik kini menjadi perniagaan utama syarikat itu dan anak syarikatnya di Malaysia, Daiwa House Malaysia Logistic Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Mei 2018.

“Kami sangat menghargai para pelanggan serta rakan-rakan entiti kami yang telah menggunakan sepenuhnya kemudahan Gudang kami di sini, sekali gus mencapai sasaran seratus peratus penggunaan.

“Kami berasa bangga kerana Daiwa House turut memainkan peranan penting untuk menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia meskipun dalam jumlah yang kecil,” tambah Urakawa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI