fbpx
Anggota bomba memadamkan kebakaran di bilik penghawa dingin Kompleks PKNS Shah Alam.

Kompleks PKNS gempar bilik penyaman udara terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Suasana di Kompleks PKNS, Seksyen 14 di sini gempar apabila sebuah bilik penyaman udara di tingkat satu bangunan itu terbakar, sekali gus menyebabkan asap tebal memenuhi ruang premis berkenaan petang ini.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila rakaman memaparkan pengunjung dan peniaga diarahkan mengosongkan bangunan susulan kebakaran tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.49 petang dengan 11 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di lokasi empat minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah bilik penyaman udara di tingkat satu bangunan berkenaan.

“Anggaran kemusnahan adalah kira-kira 70 peratus di bilik tersebut. Ketika ini, anggota masih menjalankan kerja-kerja overhaul dan pengudaraan bagi mengeluarkan asap daripada bangunan itu,” katanya hari ini.

Jelasnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN