fbpx

Polis terdiam wanita tidak pakai topi keledar laung takbir di sekatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita melaungkan takbir ketika bertemu polis di jalan raya. - Twitter

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita melaungkan takbir ketika berhadapan dengan seorang anggota polis dalam keadaan tidak memakai topi keledar, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @Tita83079013.

Kelihatan seorang wanita memakai blazer berwarna khaki dan tudung merah jambu menunggang motosikal di hadapan seorang pegawai polis yang mengawal jalan.

Dia dilihat tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, manakala cermin sisi juga tidak dipasang.

Wanita itu melaungkan takbir ketika berhenti dengan menggenggam tangannya di hadapan polis itu.

Pegawai yang bertugas itu hanya memandangnya dengan meletakkan tangan di belakang. Dia kemudian mengangguk sebelum wanita itu beredar tanpa menoleh ke belakang.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Senang tinggal catat nombor plat motosikal untuk bayar saman,” komen seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI