fbpx

Badi Litar Misano ‘hantui’ Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO memburu kemenangan keempatnya tahun ini menjelang pusingan perlumbaan GP San Marino di Litar Misano hujung minggu ini. – AFP

LONDON – Juara bertahan, Fabio Quartararo tidak tertekan kembali ke Litar Misano untuk menghadapi Grand Prix (GP) San Marino hujung minggu ini dalam misi memburu kemenangan seterusnya pada Kejuaraan Motosinal Dunia (MotoGP) 2022.

Quartararo dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP 2021 sewaktu pusingan perlumbaan GP Emilia Romagna di Litar Misano pada Oktober tahun lalu meskipun pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP berkenaan gagal menaiki podium ketika itu.

Pelumba Perancis itu dikatakan gagal mencari keserasiannya dengan litar tersebut apabila baru dua kali berjaya menaiki podium sepanjang sembilan penampilan di Litar Misano.

Meskipun tidak mempunyai rekod baik di Litar Misano, namun pelumba berusia 23 tahun itu tidak tertekan dan menganggap ia sama seperti perlumbaan biasa.

“Saya mempunyai memori indah di Litar Misano apabila memenangi gelaran dunia di sini tahun lalu. Sekarang misi saya hanya mahu fokus untuk memburu kejuaraan musim ini.

“Saya bekerja keras sepanjang tahun ini untuk memastikan ­keadaan saya benar-benar baik setiap kali turun ke perlumbaan. Jadi kemenangan adalah fokus saya,” kata bekas pelumba Petronas Yamaha SRT itu.

Quartararo kini mendahului carta kedudukan menerusi kutipan 200 mata selepas mengharungi 13 pusingan perlumbaan, dipisahkan 32 mata dengan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro dan 44 mata ke atas Francesco Bagnaia dari Ducati.

Begitupun, Quartararo hanya menaiki podium sebagai juara hanyalah sebanyak tiga kali musim ini sewaktu GP Portugal (24 April), GP Catalunya (5 Jun) dan GP Jerman pada 19 Jun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI