fbpx

Polis rakam keterangan 10 saksi kes kematian Shaiful Azri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAMPAR – Polis telah merakam percakapan 10 individu bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang lelaki yang disyaki terdapat unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kesemua individu adalah saksi utama yang berada di tempat kejadian berlaku memberi keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, berdasarkan keterangan yang ada, siasatan telah mengenal pasti punca yang membawa kepada kematian mangsa.

“Satu laporan diterima pada Mei lalu membabitkan kes kemalangan maut melibatkan seorang lelaki di mana kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pada bulan sama, satu laporan polis juga dibuat oleh ahli keluarga mangsa kerana tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis dan kematian lelaki itu yang disyaki ada unsur jenayah.

“Kita turut menerima satu lagi laporan pada Sabtu lalu oleh keluarga mangsa yang menuntut satu siasatan terperinci dijalankan terhadap punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti saksi lain bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan juga telah dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perak bagi mengesan jika wujud sebarang salah laku semasa menjalankan tugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI