fbpx

EPL: Manchester United tiada keinginan untuk menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED memulakan saingan musim ini dengan prestasi buruk apabila tewas dalam kedua-dua perlawanan awal musim ini. – AFP

BRENTFORD – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mengecam prestasi pemainnya sendiri apabila mendakwa mereka tidak mempunyai keinginan untuk menang selepas diaibkan 0-4 oleh Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam.

Menurutnya, beliau bersedia untuk menukar keseluruhan pa­sukan yang beraksi pada separuh masa pertama sekiranya perkara itu dibenarkan.

Pada aksi tersebut, United mencatat sejarah baharu kelab berkenaan apabila mereka ke­tinggalan dengan empat gol dalam tempoh hanya 25 minit sekali gus meletakkan Ten Hag dan pasukan kejurulatihannya dalam tekanan yang cukup tinggi ketika ini.

Keputusan meletakkan Christian Eriksen sebagai pemain tengah bertahan seakan kurang tepat ekoran kesilapan pemain tersebut menyebabkan United bolos untuk gol kedua, namun pengurus dari Belanda itu menafikan taktikal menjadi pe­nyumbang kegagalan itu.

“Saya fikir Brentford lebih dahagakan kemenangan, gol pertama dan kedua adalah berpunca daripada kesilapan individu. Anda mampu untuk membuat perancangan yang baik, tetapi ia hanya boleh dimasukkan ke dalam bakul sampah jika bermain dengan cara sedemikian.

“Tidak ada apa yang boleh dilakukan dengan taktikal jika anda bolos dua gol sebegitu rupa.

“Mereka sudah mengikuti segala arahan yang diberikan, tetapi mereka membuat keputusan yang buruk. Dalam bola sepak, apabila anda gagal membuat keputusan terbaik, anda akan dihukum.

“Kami perlu berubah, kami perlu lebih cenderung untuk mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI