fbpx
SEPERTI judul lagu mereka, Langkah Seiringan, tempoh 35 tahun dalam industri membentuk satu formasi kuat Exists yang masih seiringan sehingga kini. - AFIQ RAZALI

Kuman H.I.V, lagu ‘rare’ Exists Memento Mori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Konsert Memento Mori yang meraikan 35 tahun kumpulan muzik terkenal tanah air, Exists berlangsung dengan jayanya di Unifi Arena Bukit Jalil, malam tadi.

Sepanjang hampir tiga jam, Exist yang dianggotai oleh Ezad Lazim, Mamat, Ajai, Ujang, Along, Musa dan Shah menghiburkan 9000 peminat setia mereka dengan 33 buah lagu dalam konsert terbesar yang pernah dilakukan mereka.

Selain rangkaian lagu hits malar segar yang sinonim dengan Exists seperti Untukmu Ibu, Alasanmu, Masih Terserlah Ayumu, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Mengintai Dari Tirai Kamar, Exists turut mendendangkan lagu-lagu ‘rare’ mereka yang jarang dinyanyikan.

Antara lagu ‘rare’ yang didendangkan pada malam itu adalah Kuman H.I.V, Oh Benih Adam, Hani Lempengnya Hangus dan Konklusi.

Menurut Ezad, kumpulan Exists sangat bertuah kerana diberikan kebebasan untuk berkarya dan membuat kelainan dalam setiap album mereka.

“Kami bertuah kerana diberikan kebebasan dalam berkarya. Sebab itulah kalau anda perasan, dalam setiap album kami pasti ada kelainan yang kami tonjolkan,” katanya.

Turut didendangkan buat pertama kali di hadapan peminat adalah single terbaru mereka yang berjudul Memilih Yang Salah.

“Sempena pilihan raya Negeri Sembilan hari ini (semalam), jangan ada yang salah memilih,” gurau Ezad sebelum mendendangkan lagu baharu Exists.

Konsert pada malam itu diakhiri dengan persembahan secara duet oleh dua vokalis Exists iaitu Mamat dan Ezad mendendangkan lagu Langkah Seiringan dan Alasanmu. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN