fbpx
Gambar Mohd Asna menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini. -IHSAN MEDIA SOSIAL MOHD ASNA

Saya hadir majlis angkat sumpah MB tadi – Datuk Asna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menafikan dakwaan beliau tidak menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini.

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan itu berkata, beliau hadir pada majlis berkenaan dan berharap laporan yang mendakwa dirinya tidak hadir dapat diperbetulkan.

“Saya hadir tadi pada majlis angkat sumpah YAB Menteri Besar. Kerusi banyak kosong kerana tiada jemputan pasangan,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial rasminya, di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN