fbpx
Pekarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Malam ini saya keluar kediaman rasmi – Aminuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan beliau kini sedang membuat persiapan akhir untuk mengosongkan Kediaman Rasmi Menteri Besar dan berkemungkinan berpindah keluar malam ini.

“Saya tengah siap-siap bungkus barang. Mungkin malam ini. Ada barang perlu di kemaskan… ikan peliharaan semua mungkin esok,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Tinjauan di pekarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan mendapati suasana tenang tanpa kawalan ketat daripada mana-mana pasukan keselamatan setakat pukul 6.30 petang ini.

Beberapa kenderaan dilihat berada di pekarangan kediaman yang dipercayai milik ahli keluarga, namun tiada kehadiran ahli parti.

Setakat ini, petugas media yang berkumpul bagi memantau perkembangan semasa hanya dibenarkan membuat liputan di luar kawasan perkarangan kediaman berkenaan.

Difahamkan, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan masih berada di kediaman rasmi itu bagi menyelesaikan urusan perpindahan dan dijangka meninggalkan kediaman berkenaan pada bila-bila masa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN