fbpx
Gambar hiasan.

‘Asalnya nak tolong suami, akhirnya jadi tanggungjawab pula…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Luahan seorang wanita yang mendakwa sudah penat menanggung perbelanjaan rumah tangga mengundang perhatian ramai.

Menurut wanita itu, pada awal perkahwinan dia ikhlas membantu suami kerana memahami pendapatan lelaki tersebut yang rendah.

Namun, wanita itu mendakwa suaminya semakin lama tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan dirinya menyesal membantu.

“Aku dah penat nak tanggung perbelanjaan rumah. Aku tak dapat hak sebagai seorang isteri, hanya mampu bersabar.

“Dulu mula-mula aku ikhlas nak tolong sebab gaji dia rendah, tapi sekarang aku mula rasa menyesal. Makin lama tak ada tanggungjawab dia sebagai suami,” katanya di media sosial.

Hantarannya itu menerima pelbagai komen yang bersimpati terhadap nasib yang menimpanya itu, malah ada pengguna elaki mendedahkan berasa hairan dengan situasi tersebut.

“Nak buat macam mana, mereka dah rasa selesa,” ujar @Fisrafisah.

“Saya sebagai lelaki rasa pelik. Dulu tak macam ini,” komen @Halimj1964.

“Dah naik lemak, manjakan sangat. Kalau cerai dengan biawak hidup kurang satu kepala nak membela,” kata @Kimyahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN