fbpx

Dua sekawan dicekup curi sarang kelulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak sarang kelulut yang dirampas di rumah salah seorang suspek di Kampung Kuala Merabang, Pulai Chondong dekat Machang semalam. FOTO IHSAN POLIS

MACHANG – Dua sekawan yang masing-masing mempunyai 11 rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah dicekup selepas mereka dipercayai mencuri sarang kelulut yang diusahakan oleh seorang penternak di Kampung Kuala Merabang, Pulai Chondong di sini baru-baru ini.

Kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 50 tahun ditahan di dua lokasi berasingan di kampung tersebut pada Rabu lalu dan kelmarin selepas polis menerima laporan daripada pemilik sarang kelulut itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah berkata, mangsa yang berusia 69 tahun menyedari sarang kelulut yang diusahakannya itu dicuri selepas tiang tangki air untuk ternakan tersebut rosak.

Menurutnya, kerosakan itu menyebabkan pengusaha berkenaan mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM500.

“Siasatan lanjut mendapati, mereka mengaku terlibat dalam kes kecurian sarang kelulut milik mangsa di Kampung Kuala Merabang di sini,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahir berkata, berdasarkan maklumat daripada kedua-dua lelaki itu, polis telah merampas satu kotak sarang kelulut dan beberapa peralatan pertukangan di rumah suspek pertama kira-kira pukul 5.05 petang semalam.

Katanya, semakan turut mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 11 rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI