fbpx

Penganggur berdepan hukuman mati bunuh kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang hari ini.

KLANG -Seorang penganggur berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan yang juga kekasihnya di Pandamaran, 26 Jun lalu.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Lee Wei Shen, 24, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rashid.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju  hitam mengangguk faham akan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, Wei Shen didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Idaman, Pandamaran, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 3.40 pagi, 26 Jun lalu.

Berita berkaitan: Penganggur tekup kekasih sampai mati didakwa esok

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nuruljannah Aimi memohon tempoh bagi penyediaan laporan toksikologi, kimia, forensik dan bedah siasat.

Wei Shen yang masih bujang bagaimanapun tidak diwakili peguam. Amirul Asyraf membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 7 September depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI