fbpx

Perkhidmatan 2,600 guru kontrak bakal disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis sambutan Raikan Syawal di rumahnya di Ketereh, Kota Bharu hari ini. - FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Perkhidmatan seramai 2,600 guru kontrak perkhidmatan (COS) yang tamat pada bulan Jun ini dijangka akan dilanjutkan selama dua tahun bergantung kepada keperluan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu akan diumumkan selepas perbincangan antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Menurutnya, setakat ini, KPM masih menunggu keputusan lanjut dan perkara itu bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Guru COS perlu diketengahkan ekoran mereka merupakan tenaga pengajar dan turut berkhidmat di sekolah-sekolah terpilih.

“Melalui SPP, tatacara dan peraturan lantikan ditentukan pihak terbabit dan kita akan pastikan kelancaran proses ke peringkat seterusnya.

“KPM sentiasa menjaga kebajikan guru-guru COS ini. Meskipun mereka guru kontrak dan masih belum diserap dalam jawatan tetap, kebajikan golongan ini harus diambil kira,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Raikan Syawal di kediamannya di Ketereh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, gaji guru COS tetap akan dibayar sementara menunggu proses sambungan kontrak pada Jun ini dan tidak timbul isu bahawa gaji mereka tidak dibayar seperti yang diwar-warkan sebelum ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI