fbpx
DZULKEFLY meninjau kemudahan parkir baharu sempena lawatan kerja ke fasiliti kesihatan di Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Hospital baharu dibina di Hang Tuah Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah hospital baharu akan dibina di Hang Tuah Jaya bagi mengurangkan kesesakan Hospital Melaka yang kini berdepan peningkatan jumlah pesakit dan keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin tinggi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, hospital berkapasiti 400 katil itu dicadangkan dibina di atas tanah milik Kementerian Kesihatan (KKM) seluas 59.8 ekar dengan anggaran kos RM875 juta.

Jelasnya, Hospital Melaka kini terus berdepan peningkatan jumlah pesakit dan kapasiti sekitar 1,143 katil merekodkan kadar penggunaan katil atau Bed Occupancy Rate (BOR) purata sekitar 80 peratus.

“Hospital Melaka merupakan antara hospital pertama yang mengamalkan konsep hospital kluster sejak lebih 12 tahun lalu bersama dua hospital lain, iaitu di Pahang dan Tawau.

“Melalui konsep hospital kluster ini, limpahan pesakit dapat dibantu oleh Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah bagi mengurangkan kesesakan,” katanya selepas mengakan lawatan di Hospital Melaka, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan itu membolehkan kes-kes tidak kritikal dan limpahan pesakit dialihkan ke hospital daerah bagi mengelakkan kesesakan di hospital utama.

Justeru katanya, bagi menguraikan isu kesesakan kritikal di Hospital Melaka, pembinaan sebuah hospital baharu itu dijangka dapat menyelesaikan permasalahan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN