fbpx
Mohd. Suhaily memotong pulut kuning sempena setahun beliau memangku jawatan Ketua Pengarah AKPS.

Hanya 54 peratus anggota penguat kuasa setuju sertai skim AKPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Hanya 54 peratus daripada 6,341 anggota penguat kuasa daripada enam agensi teras bersetuju untuk menyertai skim perkhidmatan di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Jumlah yang menerima skim perkhidmatan itu kini adalah seramai 3,419 anggota membabitkan pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, beliau tidak pasti kenapa tidak ramai bersetuju untuk menerima tawaran itu meskipun ia tawaran terbaik daripada kerajaan.

“Tawaran itu merangkumi kenaikan dua tangga gaji, Bayaran Insentif Perkhidmatan (BIP) sebanyak RM200 serta kadar elaun kerja lebih masa yang lebih tinggi berbanding skim sedia ada. Tawaran menarik itu menunjukkan komitmen tinggi bagi memastikan agensi tunggal sempadan itu dapat beroperasi sepenuhnya melalui pakej perpindahan yang belum pernah ditawarkan sebelum ini.

“Namun, jika tawaran kerajaan itu dijadikan kayu pengukur, saya tidak nampak sebab mengapa ia tidak diterima kerana ia jauh lebih baik daripada apa yang mereka kecapi hari ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah AKPS di sini hari ini.

Mengulas punca sebahagian pegawai menolak tawaran berkenaan, Mohd. Suhaily berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang andaian termasuk mengaitkannya dengan faktor disiplin atau integriti.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat pegawai yang mempunyai nilai sentimental terhadap agensi asal masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN