fbpx

Quartararo dominasi GP Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO kembali berada pada prestasi terbaik untuk menjuarai GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve sebentar tadi. - AFP

PORTIMAO – Juara dunia, Fabio Quartararo berjaya memenangi perlumbaan pertama pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas menjuarai Grand Prix (GP) Portugal sebentar tadi.

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha itu berada dalam kelas tersendiri apabila gagal dicabar oleh mudah mengungguli perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao itu.

Tempat kedua GP Portugal menjadi milik pelumba pasukan Pramac Racing, Johann Zarco sementara Aleix Espargaro dari pasukan Aprilia Racing terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat ketiga.

Ia adalah kemenangan GP yang pertama buat Quartararo selepas pelumba berusia 23 tahun dari Perancis itu gagal melakukannya dalam empat pusingan perlumbaan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI