OSIMHEN dilapor kembali menjadi pilihan United yang memerlukan khidmat penyerang ekoran kecederaan Sesko. - AFP

EPL: Galatasaray resah minat United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Galatasaray mungkin berdepan satu lagi tugas sukar apabila khidmat penggempur utama mereka, Victor Osimhen sekali lagi menarik minat Manchester United yang kini dikemudi oleh Mauricio Pochettino.

Masalah kecederaan Benjamin Sesko menyebabkan United mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat seorang lagi penyerang pada jendela perpindahan Januari ini menyebabkan nama Osimhen kembali disebut.

Penggempur Nigeria itu sebelum ini sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, namun ia tidak pernah berjaya direalisasikan sehinggalah kehadiran Pochettino mungkin akan meneruskan misi United itu.

Kepentingan Osimhen bukan sekadar menjaringkan gol, tetapi dia menawarkan kekuatan fizikal, kepantasan serta ancaman berterusan kepada benteng pertahanan lawan selain United memerlukan seorang yang berpengalaman.

Bagaimanapun, Galatasaray mungkin sukar untuk membuat keputusan itu apabila kehilangannya pada pertengahan musim menyebabkan mereka terpaksa mencari pemain baharu sebagai pengganti.

Penyerang Nigeria itu menjaringkan 37 gol dalam semua pertandingan pada musim pertamanya di Galatasaray sebagai pemain pinjaman sebelum menambah 22 gol pada musim berikutnya dan sudah pun menjaringkan 10 gol pada musim ini.

Menurut laporan dari Turki, Galatasaray meletakkan nilai Osimhen antara £80 juta (RM430.13 juta) hingga £100 juta(RM537.67 juta) untuk mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan pemain mereka yang masih memiliki kontrak sehingga 2029. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN