fbpx

Chelsea kempunan pertahan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chelsea tersingkir pada aksi suku akhir selepas tewas 4-5 kepada Real secara agregat awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Chelsea menamatkan kempen Liga Juara-Juara dengan penuh bermaruah ketika berjaya mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan Real Madrid 3-2 pada aksi kedua suku akhir di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Biarpun gagal meneruskan kemaraan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu, Chelsea nyata memiliki semangat luar biasa untuk bangkit hingga meraih keputusan 4-4 sebelum mengheret aksi ke masa tambahan.

Bagaimanapun, penggempur sensasi Real, Karim Benzema yang lakar hatrik pada perlawanan pertama sekali lagi muncul pemusnah buat The Blues apabila meledak gol kedua Real Madrid pada masa tambahan sekali­gus mengesahkan kemaraan dengan agregat 5-4.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan kekalahan pasukannya adalah kerana perbezaan kualiti individu dimiliki Real Madrid.

“Sudah pasti kami begitu kecewa dan pada masa sama saya masih boleh berbangga. Kami dikalahkan oleh kualiti individu yang memanfaatkan kesilapan kami.

“Mereka (Real) berjaya memanfaatkan peluang tercipta dan kami gagal meminimumkan kesilapan dalam kedua-dua perlawanan. Saya fikir kami juga berhak untuk layak.

“Kami cuma tidak bernasib baik dan saya tidak ada sebarang rasa kesal. Kami boleh terima kekalahan ini dengan penuh rasa bangga,” katanya.

Pada perlawanan semalam, Chelsea mencipta 28 percubaan hingga berjaya mendahului tuan rumah 3-0 menerusi jaringan Mason Mount, Antonio Rudiger dan Timo Werner, namun Rodrygo berjaya meledak gol pembukaan Real untuk mengikat kedudukan agregat.

Hanya enam minit selepas masa tambahan berlangsung, Benzema nyata membuktikan dirinya sebagai watak penting perjua­ngan Real musim ini apabila me­nyempurnakan peluang terhidang untuk memastikan kemenangan mutlak buat Los Blancos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI