fbpx
OLISE dilapor menarik minat Real selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Bayern dan Perancis ketika ini. - AFP

Bayern ‘tutup pintu’ buat Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Bayern Munich memberi amaran kepada Real Madrid supaya melupakan hasrat mendapatkan bintang sensasi mereka, Michael Olise apabila menegaskan pemain itu tidak akan dijual walau berapa pun nilai tawaran yang dikemukakan.

Olise muncul antara pemain paling mendapat perhatian di Eropah selepas mempamerkan prestasi luar biasa bersama Bayern sejak menyertai kelab itu daripada Crystal Palace pada 2024.

Pemain antarabangsa Perancis itu terus mencuri tumpuan apabila meledak hatrik ketika membantu negaranya menewaskan Ireland Utara 3-1 dalam aksi pemanas badan Piala Dunia, sekali gus menghangatkan spekulasi perpindahannya.

Presiden Real, Florentino Perez dalam kempen pemilihannya sebelum ini mendakwa bakal membawa masuk pemain bernilai €150 juta (RM 703.15 juta) menyebabkan Olise dikait bakal ke Santiago Bernebeu.

Presiden Bayern, Herbert Hainer menegaskan kelab gergasi Jerman itu tidak mempunyai sebarang niat untuk melepaskan pemain berusia 24 tahun berkenaan.

“Michael Olise adalah pemain Bayern Munich dan dia masih mempunyai kontrak jangka panjang bersama kami. Kami bukan kelab yang menjual pemain.

“Jika Florentino Perez mahu menghantar tawaran kepada kami, beliau tidak perlu bersusah payah kerana perkara itu tidak akan mengubah apa-apa,” katanya.

Nada sama turut disuarakan legenda kelab, Uli Hoeness yang menegaskan Real tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan Olise walaupun dikatakan menjadi sasaran utama mereka musim panas ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN