fbpx
GUARDIOLA melepaskan jawatannya di City dan memasang impian untuk mengemudi England. - AFP

Guardiola dedah rancangan selepas tinggalkan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas pengendali Manchester City, Pep Guardiola dikatakan telah memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau menyimpan hasrat untuk menjadi pengurus England hanya beberapa hari selepas pengundurannya dari Etihad.

Jurulatih legenda itu telah menamatkan tempoh sedekad bersama City dengan kejayaan luar biasa meraih 20 trofi termasuk enam gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu trofi Liga Juara-Juara.

Menurut laporan, bekas pengendali City itu tidak bercadang untuk kembali menguruskan kelab dalam masa terdekat dan didakwa memberitahu kenalan rapatnya mengenai hasratnya untuk mengendalikan skuad The Three Lions

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Guardiola mahu membawa sesebuah negara menjulang Piala Dunia selepas berjaya memenangi hampir segala-galanya di peringkat kelab.

Namun, jika beliau benar-benar mahu menjadi pengurus England, Guardiola mungkin perlu menunggu kerana pengurus semasa, Thomas Tuchel yang baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak menjelang Piala Dunia musim panas ini.

Jurulatih dari Jerman itu dijadualkan membimbing England dalam kejohanan besar pertamanya pada Piala Dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Kontrak asal Tuchel sepatutnya tamat selepas kejohanan tersebut, tetapi Persatuan Bola Sepak England (FA) telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya sehingga musim panas tahun 2028.

Pasukan England kini sedang membuat persiapan untuk berlepas ke Amerika Syarikat, di mana mereka akan menentang Croatia, Ghana dan Panama dalam peringkat kumpulan kejohanan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN