fbpx
BELLINGHAM kembali menemui prestasi terbaik biarpun terpaksa berehat lama musim lalu akibat masalah kecederaan. - AFP

Piala Dunia: Bellingham kembali ke tahap terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Pengurus England, Thomas Tuchel percaya tonggak tengahnya, Jude Bellingham berada pada tahap terbaik untuk kembali menyinar menjelang kempen Piala Dunia 2026 selepas pulih daripada kecederaan.

Menurut Tuchel, pemain Real Madrid itu telah mempamerkan aksi memukau ketika membantu England menewaskan New Zealand 1-0 dalam aksi persahabatan sekali gus bersedia untuk menjadi jeneral utama skuad The Three Lions nanti.

“Kita boleh lihat Bellingham masih memiliki karakter yang sama, ketajaman dan semangat juangnya yang tinggi. Itu adalah kekuatan utamanya.

“Dia baru pulih daripada kecederaan, tetapi kini penuh tenaga dan cukup teruja dapat kembali beraksi di atas padang.

“Mungkin ia terlepas tempoh yang sangat penting bersama Real Madrid tetapi sekarang saya lihat dia berada di tahap terbaik selain cergas sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Tuchel turut mengesahkan pemain Arsenal, Declan Rice menjadi penolong ketua pasukan skuad England untuk membantu kapten, Harry Kane di atas padang nanti.

“Saya tidak tahu jika kita boleh umumkan penolong kapten yang rasmi tetapi jika Kane tidak bermain, lilitan kapten akan diberikan kepada Rice dan saya telah beritahu dia secara lisan sejak tahun lalu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN