fbpx

Wanita larikan gelang emas 36 gram diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular seorang wanita yang dipercayai melarikan gelang tangan emas di Kuala Pilah semalam.

KUALA PILAH – Polis giat memburu seorang wanita dipercayai melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram dalam kejadian di sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada jurujual premis tersebut pada pukul 8.18 malam tadi.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 3.45 petang dan suspek yang terlibat dikatakan berusia dalam lingkungan 30-an.

“Suspek melakukan kegiatan jenayah itu dengan dibantu seorang lelaki. Mereka menunggang sebuah motorsikal jenis Yamaha NVX berwarna merah tanpa plat pendaftaran. Kerugian dianggarkan RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Amran, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kes itu dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-484 2999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai gambar seorang wanita yang menyamar sebagai pelanggan sebelum melarikan emas bernilai RM10,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI