fbpx

Pemandu Ford Ranger ditahan reman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan Ford Ranger menghimpit konvoi kenderaan mewah sehingga berlaku perlanggaran dalam kejadian di susur keluar Sedenak, Kulai pada 18 Mac lalu.

KULAI – Seorang wanita yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger sehingga berlanggar dengan sebuah Lamborghini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita berusia 28 tahun ditahan di pekarangan ibu pejabat polis daerah berkenaan pada pukul 1 pagi.

“Pemandu Ford Ranger itu cuba memotong konvoi kenderaan Lamborghini secara zig zag sebelum berlanggar dengan salah sebuah kereta di dalam konvoi berkenaan ketika cuba memasuki lorong kiri.

“Disebabkan pelanggaran itu, konvoi Lamborghini berkenaan tidak berpuas hati dan telah menghentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya sebelum berlaku perselisihan faham antara pemandu Ford Ranger dan kumpulan berkenaan,” ujarnya.

Jelasnya, wanita berkenaan kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret, Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 1 minit 14 saat di media sosial memaparkan sebuah Ford Ranger dipandu secara merbahaya sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran dengan sebuah kenderaan yang berada dalam kumpulan konvoi Lamborghini di Kilometer 34 Lebuh Raya Utara-Selatan menghampiri susur keluar Sedenak, di sini pada 18 Mac lalu. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI