fbpx

Rakus, duet pertama Wewinn, Izzrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izzrin Irfan (kiri) dan Wewinn berduet menerusi lagu Rakus.

BAGI memeriahkan industri seni muzik tanah air, syarikat rakaman, Aries Music Sdn. Bhd., memperkenalkan dua penyanyi muda iaitu Wewinn dan Izzrin Irfan.

Wewinn atau nama sebenarnya Nur Ezzati Syafinaz, 21, dan Muhammad Izzrin Irfan Mohd. Ismail, 22, buat pertama kalinya disatukan menerusi lagu berjudul Rakus.

Lagu berkenaan merupakan lagu ciptaan Amzar Razqa, Adk Razqa dan Muariffah, manakala liriknya pula nukilan Adk Razqa serta Muariffah.

Gelojoh

Mungkin perkataan rakus itu kedengaran ‘kasar’ yang membawa maksud gelojoh tapi sebenarnya lagu duet Wewinn dan Izzrin Irfan tersebut penuh dengan pengajaran.

Rakus yang berentak ‘catchy’ secara simboliknya adalah untuk memberi pesanan kepada orang ramai supaya berhati-hati semasa bercinta untuk memilih pasangan.

“Kalau kita faham maksud rakus ini, gelojoh dan tamak, suka berlebih-lebih. Lagu ini kita nak tuju kepada orang yang tak cukup satu pasangan, dia nak ramai teman wanita. Kita nak nasihat pada yang bercinta itu supaya berhati-hati jangan sampai terjerat.

Penyanyi baharu, Wewinn mencuba nasib dalam dunia seni suara tanah air dengan peluncuran  duet berjudul Rakus. 

“Mula-mula orang tanya kenapa Rakus dan mula fikir lain. Bila lagu itu dihayati lebih mendalam, baru mereka tahu sebenarnya Rakus berunsur nasihat supaya berhati-hati dan bukan untuk jadi rakus,” jelas Wewinn tentang maksud yang tersirat di sebalik bait lagu tersebut.

Akui Wewinn, dia suka dengan lirik lagu Rakus yang ringkas seakan-akan bercerita kepada orang dan mudah difahami.

Sudah serasi 

Walaupun pengalaman pertama Wewinn merakam lagu duet, dia tidak menghadapi masalah kerana antaranya dengan Izzrin sudah ada keserasian. Sebelum ini, Izzrin pernah muncul dalam video muzik lagu Cintai Aku dendangannya.

“Asalnya lagu Rakus ini untuk nyanyian solo tapi lepas jumpa dengan komposer abang Amzar, kita orang cuba berdua dan rasa ‘ngam’ pula untuk diduetkan. Dari situlah lagu tersebut digubah jadi lagu duet.

Izzrin yang juga merupakan seorang pelakon bakal muncul dengan single solo dalam waktu terdekat ini.

“Rakaman lagu Rakus dibuat dalam bulan November 2021 dan sebulan sebelum masuk studio, kami sudah diberi lagu tersebut. Jadi abila masuk studio tak ada masalah. Sewaktu di dalam studio, abang Amzar banyak ajar kita orang dari segi vokal dan sebagainya,” kata Wewinn.

Jelas Wewinn, lagu Rakus berbeza dengan Cintai Aku yang berentak balada dan secara peribadi, dia suka yang berentak ‘catchy’ kerana kena dengan jiwanya yang happy ceria.

Video muzik Rakus sudah pun dimuat naik dalam saluran YouTube Aries Music sejak 16 Februari lalu dan ternyata gandingan Wewinn bersama Izzrin baik dari segi suara atau lakonan mendapat pujian ramai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI