fbpx

JAS mohon ulasan awam EIA ladang sayur, buah di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) memohon kerjasama orang awam bagi ulasan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) untuk satu projek pertanian yang bercampur di Kelantan.

Menerusi hantaran di laman sosialnya, agensi itu memaklumkan bahawa ia melibatkan tanah berkeluasan 2,016 hektar di Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang.

“Projek ini akan mempunyai impak yang positif dan negatif terhadap alam sekeliling, tetapi langkah mitigasi telah pun dikenal pasti dan diperincikan dalam laporan EIA tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, JAS berkata, projek itu membabitkan cadangan pembangunan perladangan hasil tanaman dan produk asas tani di tanah yang berstatus pajakan negeri selama 99 tahun.

Tapak projek itu terletak di Lot 2438 dengan perjanjian pajakan dilakukan antara Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan dan syarikat pemajunya, Kurnia Maksimal Sdn. Bhd.

Menurut JAS, penggerak projek tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut yang beribu pejabat di Ipoh, Perak itu; mula memeterai perjanjian berkenaan pada 2 Disember 2017 lalu.

“Ia merupakan sebuah syarikat tempatan dengan perusahaan ladang tersebut bagi memenuhi permintaan sayur dan buah di pasaran tempatan serta luar negara,” jelas agensi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI