fbpx
Penduduk menunjukkan keadaan jalan utama yang menjadi laluan keluar masuk mengalami kerosakan di Felda Chiku 2, Gua Musang.

Jangan tampal, bina semula jalan lebih 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Penduduk Felda Chiku 1 dan Chiku 2 di sini merayu agar jalan utama di kawasan mereka yang telah digunakan lebih 40 tahun dinaik taraf segera bagi menjamin keselamatan dan keselesaan mereka.

Ketua Peneroka Felda Chiku 2, Abdul Razak Mamat berkata, jalan yang menjadi laluan utama keluar masuk lebih 3,000 penduduk itu didakwa semakin uzur dengan keadaan berlubang, tidak rata serta sering rosak terutama selepas hujan.

Katanya, usia jalan yang sudah terlalu lama tanpa penurapan semula menyeluruh menjadi punca utama kerosakan semakin serius.

“Keadaan jalan berlubang dan amat berbahaya. Sudah terlalu lama tidak dinaik taraf, ibarat kain lama hanya ditampal tanpa pembaikan menyeluruh.

“Kita sudah membuat permohonan kepada pihak berwajib untuk menaik taraf jalan ini dan berharap usaha pembaikan dapat dijalankan segera,” katanya.

Seorang peneroka, Hamid Mat Hasan, 64, berharap pihak berwajib dapat mempertimbangkan pembinaan semula jalan tersebut secara keseluruhan.

Katanya, laluan terbabit adalah jalan utama bagi penduduk di Felda Chiku 1 dan 2 serta Felda Perasu untuk ke kilang sawit.

Katanya, sepanjang 45 tahun tinggal di kawasan itu, jalan ber­kenaan tidak pernah diturap baharu tetapi hanya ditampal jika terdapat kerosakan kecil.

“Kita bukan minta tampal. Kalau boleh bina semula dan besarkan jalan ini,” ujarnya.

Seorang belia, Muhammad Zaidatul Azizi Mohd. Zaidatul Azman berkata, kerosakan kecil yang tidak dibaiki segera menyebabkan keadaan jalan menjadi semakin teruk sehingga memberi kesan kepada kende­raan pengguna.

“Projek menaik taraf jalan itu satu ke­perluan mendesak kerana melibatkan keselamatan harian termasuk murid berulang-alik ke sekolah,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN