fbpx
ANDERSON dilapor lebih cenderung untuk menyertai City biarpun wujud minat daripada beberapa kelab gergasi lain. - AFP

EPL: City mungkin sukarkan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Selepas kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, pemain tengah Nottingham Forest, Elliot Anderson kini dilapor menjadi buruan satu lagi kelab dari Manchester.

Selepas Pep Guardiola sah meninggalkan Etihad, Manchester City dikatakan bakal melantik Enzo Maresca sebagai pengendali baharu dan Anderson bakal menjadi pemain pertama untuk dibawa masuk bagi memulakan era baharu itu.

Pemain antarabangsa England itu menjadi sasaran utama City untuk posisi tersebut ketika kapten mereka Bernardo Silva dilaporkan sudah mengucapkan selamat tinggal selepas sembilan tahun bersama kelab awal minggu ini.

Sumber dalaman City menegaskan bahawa mereka tidak bercadang untuk mendapatkan Enzo Fernández dari Chelsea, walaupun pemain itu mempunyai hubungan rapat dengan Maresca.

Anderson yang merupakan sebahagian daripada skuad Thomas Tuchel yang akan berlepas ke Florida minggu depan untuk kem latihan pra-Piala Dunia, dipercayai lebih cenderung menyertai City di Stadium Etihad berbanding kelab lain termasuk United.

Namun begitu, pemilik Forest, Evangelos Marinakis, meletakkan nilai lebih £100 juta untuk pemain berusia 23 tahun itu, dan setakat ini belum ada persetujuan dicapai antara kedua-dua kelab.

Terdapat spekulasi bahawa Fernandez yang juga dianggarkan bernilai hampir sama mungkin menjadi sasaran utama, tetapi fokus City kini adalah untuk mendapatkan Anderson.

Pada masa sama, masa depan Nico González turut menjadi tanda tanya apabila hilang tempat di bawah Guardiola dan hanya memulakan dua perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak awal Januari, malah Tijani Reijnders juga dilihat gagal memberikan impak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN