fbpx
ALIRAN trafik menghala ke Thailand di Kompleks ICQS Padang Besar pada 26 Mei lalu. Foto PRINCEOFDANNOK

27,570 orang guna pintu sempadan Perlis ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Sebanyak 39,137 pergerakan keluar masuk direkodkan di dua pintu sempadan antarabangsa Perlis iaitu Padang Besar dan Wang Kelian pada cuti sekolah dan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha iaitu dari 24 hingga 26 Mei lalu.

Pengarah Imigresen Perlis, Mohammad A’sim Md. Ali berkata, jumlah tersebut membuktikan pintu sempadan negeri ini terus menjadi antara laluan utama pengguna sempena musim perayaan dan cuti sekolah.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 11,567 individu direkodkan memasuki Malaysia, manakala 27,570 lagi keluar ke Thailand melalui kedua-dua pintu sempadan berkenaan.

“Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar merekodkan jumlah pergerakan tertinggi iaitu sebanyak 34,409 pergerakan sepanjang tempoh tiga hari tersebut,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 10,019 individu memasuki Malaysia, manakala 24,390 lagi keluar ke negara jiran melalui pintu sempadan berkenaan.

“Pada 24 Mei, Padang Besar merekodkan 10,918 pergerakan sebelum meningkat kepada 11,504 pada 25 Mei dan mencapai kemuncak 11,987 pergerakan pada 26 Mei.

“Pintu sempadan Wang Kelian pula merekodkan keseluruhan 4,728 pergerakan dalam tempoh sama melibatkan 1,548 individu memasuki Malaysia dan 3,180 lagi keluar ke Thailand,” ujarnya.

Tambahnya, trend tersebut menunjukkan pergerakan ke Thailand jauh mengatasi jumlah kemasukan ke Malaysia sepanjang tempoh kemuncak Aidiladha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN