fbpx
AARON (kiri) dan Khai Xing mengejutkan beregu No.8 dunia dari China untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Jepun. - MOHAMAD IQBAL ROSLI

Terbuka Jepun: Aaron-Khai Xing singkir pilihan ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki muda negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing melakar kejutan pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun selepas menyingkirkan pilihan ketujuh dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi, pasangan No.22 dunia itu memerlukan masa 60 minit untuk mencatat kemenangan tiga set 11-21, 26-24, 21-15.

Turun sebagai pasangan bukan pilihan, Aaron-Khai Xing memulakan perlawanan dengan agak goyah apabila jauh ketinggalan di set pertama sebelum akur dengan kekalahan 11-21.

Tersentak dengan kekalahan awal, bekas juara remaja dunia itu kemudiannya memperkemaskan aksi di set kedua dengan perlawanan berlangsung cukup sengit sehingga diheret ke penentuan ‘deuce’.

Aaron-Khai Xing yang tidak rela pulang awal berjaya mengekalkan fokus selain tidak memberi ruang buat kedua-dua pemain lawan sebelum menang 26-24, sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, pemain negara dilihat bermain dengan lebih yakin dan berjaya menjarakkan kedudukan 16-11, sekali gus meletakkan tekanan ke atas Bo Yang-Liu Yi.

Walaupun beregu China cuba untuk merapatkan kedudukan, namun Aaron-Khai Xing kekal tenang sebelum memastikan kemenangan muktamad 21-15 dan mara ke pusingan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN