fbpx
MARQUEZ turun semula ke litar untuk membina semula keyakinan tanpa memikirkan soal memburu gelaran dunia. - AFP

MotoGP: Marquez terpaksa lupakan impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUGELLO, Itali – Pelumba Ducati, Marc Marquez menegaskan misi utamanya pada Grand Prix (GP) Itali hujung minggu ini adalah untuk membina semula kariernya sambil memberi fokus terhadap pemulihan fizikal.

Pelumba Sepanyol itu kembali ke litar setelah terlepas aksi GP Catalunya susulan pembedahan bahu kanan, selain menjalani pembedahan pada kaki yang cedera ketika perlumbaan Sprint GP Perancis di Le Mans.

Marquez yang ketinggalan 85 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Marco Bezzecchi mengakui memburu gelaran dunia bukan lagi keutamaannya kerana bimbang berdepan risiko kecederaan semula.

“Jika saya kembali dengan mentaliti mahu memenangi kejuaraan, saya mungkin akan cedera semula. Sekarang bukan masanya untuk itu. Saya berada dalam fasa membina semula masa depan,” katanya.

Menurut pelumba Ducati itu, fokus utamanya ketika ini adalah memulihkan kekuatan pada bahagian kanan badan, khususnya bahu dan lengan, sebelum memikirkan soal prestasi di litar.

“Kaki bukan masalah besar. Saya sebenarnya sudah bersedia untuk berlumba di Catalunya. Bahu adalah kekangan terbesar saya sejak beberapa bulan lalu.

“Kita lihat dalam beberapa perlumbaan akan datang sama ada saya mampu membina semula kekuatan lengan kanan. Selepas itu, saya yakin kelajuan akan datang dengan sendiri,” katanya.

Marquez berkata kemalangan di Indonesia tahun lalu memberi kesan besar kepada bahu kanannya menyebabkan dia terpaksa bekerja lebih keras untuk kembali ke tahap terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN