fbpx
Keadaan jalan yang berlubang di Jalan Kampung Kerinting, Gua Musang. FOTO IHSAN POLIS

Ajal pekerja gudang, motosikal terbabas langgar lubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang pekerja gudang maut selepas motosikal yang dia tunggang terlanggar lubang sebelum terbabas di Jalan Kampung Kerinting di sini kelmarin.

Mangsa, Muhammad Ashraff Rosmadi, 23, meninggal dunia di Hospital Gua Musang di sini kira-kira pukul 10.38 malam tadi selepas hampir 23 jam bertarung nyawa akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kejadian pada pukul 11.30 malam kelmarin itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Bandar Lama menuju ke Kampung Kundur.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar lubang sebelum kenderaannya hilang kawalan dan terbabas.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Selepas hampir 23 jam bertarung nyawa di hospital, Muhammad Ashraff disahkan meninggal dunia pada pukul 10.38 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN