fbpx
ALBERT Tei menarik diri daripada bertanding sebagai calon DUN Chennah pada PRN Negeri Sembilan Ke-16. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Albert Tei tarik diri, janji bantu guling Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Ahli perniagaan, Albert Tei menarik diri daripada bertanding sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan

Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37 berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau menerusi media sosial Facebook berkata, langkah itu diambil untuk memberi laluan kepada calon MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN), John Siow Kong Choon.

“Semalam saya telah berjumpa dengan Datuk Seri Wee Ka Siong (Presiden MCA). Selepas perbincangan dengan beliau, saya membuat keputusan untuk tarik diri bertanding di DUN Chennah, Negeri Sembilan melawan Anthony Loke Ketua Pemimpin DAP.

“Saya menyokong penuh calon MCA BN John Siow untuk bertanding di kerusi tersebut kerana saya telah membuat saringan bahawa beliau merupakan seorang yang berjiwa rakyat serta berkredibiliti menggalas amanah tersebut,” kongsinya di Facebook @Reformati Studio “Albert Tei” hari ini.

Menurut Albert, dia akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada John Siow selain turun berkempen bagi calon BN sepanjang PRN Negeri Sembilan bermula 18 hingga 31 Julai nanti.

“Saya juga telah memaklumkan kepada John Siow bahawa saya akan berdiri di sebelahnya pada hari penamaan calon pada 18 Julai ini dan berjanji melakukan segala yang termampu untuk membantu BN menggulingkan Anthony Loke di DUN Chennah dan menumbangkan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN