fbpx
Aliran trafik menghala ke Persimpangan Bendahara, Gua Musang semakin sibuk susulan pertambahan kenderaan sejak semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

Perantau mula pulang, kenderaan bertali arus masuk Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Aliran trafik menuju ke pusat bandar Gua Musang di sini semakin sibuk di beberapa lokasi susulan pertambahan kenderaan apabila perantau mula pulang bercuti ke kampung halaman sempena cuti sambutan Hari Raya Aidiladha bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota polis trafik digerakkan untuk memantau lalu lintas susulan pertambahan kenderaan di beberapa lokasi menghala ke bandar ini.

Katanya, anggota polis trafik ditempatkan di beberapa lokasi ‘hot spot’ termasuk di pintu masuk sempadan Pahang-Kelantan iaitu Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

“Hasil tinjauan semasa, jumlah kenderaan semakin bertambah hari ini berbanding semalam, namun aliran trafik masih lancar dan tiada kesesakan teruk dilaporkan.

“Unit Kereta Peronda sudah membuat pemantauan berterusan di lokasi tumpuan dan kawasan ‘bottleneck’. Kita menjangkakan jumlah kenderaan akan terus meningkat dan pergerakan menjadi perlahan terutamanya di persimpangan lampu isyarat menjelang petang ini,” ujarnya.

Choon Foo memberitahu, pihaknya juga telah melakukan penarikan trafik bagi menyuraikan kesesakan yang berlaku di Persimpangan Bendahara kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Katanya, penarikan telah dilakukan dalam tempoh 30 minit sehingga 40 minit di laluan berkenaan untuk melancarkan pergerakan kenderaan menghala ke Kuala Krai.

“Keadaan trafik kini kembali terkawal dan lancar termasuk di sempadan Merapoh, Pahang sebelum memasuki Kampung Mentara,” katanya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, hampir satu juta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan berikutan cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN