fbpx

Wanita dakwa parcel tidak dihantar, tak boleh ‘self-collect’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan memo yang diletakkan di hadapan sebuah syarikat kurier di Meru, Klang.

PETALING JAYA – Perkhidmatan penghantaran barang kini bukan suatu perkara asing dan sering digunakan bagi pelbagai jenis pembelian secara dalam talian.

Bagaimanapun, segelintir syarikat kurier yang terpalit dengan masalah kekurangan pekerja menjadi cabaran utama kepada penjual dan pembeli.

Menerusi perkongsian Fairuz Amalina di Facebook, dia mendakwa sebuah syarikat kurier di Klang, Selangor kini menghadapi masalah apabila parcel miliknya tidak dapat dituntut sehingga hari ini (semalam).

“Sekarang ini teruk. Banyak barang peram. Kakitangan di situ bagitahu ramai pekerja berhenti kerja. Bila pekerja dah tak ada, parcel pun tak boleh nak hantar kepada penerima.

“Lepas tu, nak ‘self-collect’ pun tak boleh juga. Saya pergi ke pejabat, ada memo depan pintu tulis ‘No self-collect’ dan dia minta datang ke lokasi baharu.

“Bila dah pergi, ada memo lagi, tak boleh jugak nak ambil parcel. Harap kalian bersabar. Tak payah pergi sebab tak guna sebab barang masih dalam guni,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Meninjau di ruangan komen, seorang pengguna dikenali sebagai Farith Jasmi turut mendakwa perkara yang sama menimpa dirinya walaupun telah menerima parcelnya dengan tempoh sedikit lewat.

“Saya punya barang pun lama sangkut, pampers anak pulak tu tapi Alhamdulillah sampai jugak akhirnya. Bila tanya, ‘runner’ kata (penghantar) ramai berhenti sebab isu komisen dikurangkan,” katanya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut mendakwa perkara yang sama berlaku di kawasan-kawasan lain dan menasihati penjual agar menggunakan perkhidmatan kurier yang lebih kukuh.

“Punya lah banyak kurier, penjual pun kenalah bijak supaya tidak aniaya orang untuk beli barang dengan harga yang murah,” ujar Halijah Mat Jusop.

“Bukan di Klang sahaja, di Ipoh, Teluk Intan semua menghadapi masalah. Semua nak ‘self-collect tak boleh lepastu peram barang orang berminggu-minggu,” seloroh Farah Azira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI