fbpx
Tangkap layar CCTV yang dimuat naik di Threads oleh Kupu95__.

[VIDEO] Abang kurier selamatkan ‘parcel’ tersadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar barang (parcel) menurunkan barangan pelanggan yang tersadai kerana pulang ke kampung mengundang pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial selepas video tersebut tular di Threads.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan menerusi aplikasi Threads oleh pengguna dikenali sebagai Kupu95__ itu memaparkan tindakan seorang lelaki yang menurunkan beberapa barang terbiar di atas tembok sebuah rumah.

“Siapa lah abang kurier ini. Siap tolong angkatkan parcel yang tersadai sebab orang balik kampung.

“Terima kasih abang semoga dimurahkan rezeki,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan abang kurier tersebut yang dianggap sangat bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

“Dia betul betul perhati keadaan sekeliling. Dia perasan ada parcel tinggal nanti kena hujan dan rosak sebab itu dia tolong bawa masuk dalam,” ujar Rishiharan98.

“Orang jenis macam ini tetap jalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab walaupun takde siapa yang perhatikan dia,” jelas Javajunkee pula.

“Walaupun panas terik kena memandu dari satu lokasi ke lokasi yang lain, tetap dia bantu turunkan parcel itu,” kata Diaryputerii. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN