fbpx

Raih mata, bukan jadi penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOONG HANN menggesa pemain-pemain lain untuk menyumbang mata bagi memastikan pasukan negara mencatat kemenangan pada BATC 2022.

PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann memberi bayangan beliau tidak mahu ada pemain menjadi ‘penumpang’ pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022.

Skuad badminton lelaki negara akan memulakan saingan pada edisi kali ini dengan menentang Singapura dalam saingan Kumpulan B yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam hari ini.

Meskipun mengharapkan satu mata wajib menerusi perseora­ngan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia, namun Choong Hann tidak mahu pasukan Malaysia terlalu bergantung kepada juara kejohanan Seluruh England (All England) itu.

Sebaliknya, beliau menggesa serta menaruh sepenuh kepercayaan kepada pemain-pemain lain untuk turut menyumbang mata bagi memastikan pasukan negara mencatat kemenangan berharga.

“Kita akan cuba untuk menang dalam setiap perlwanan nanti, tidak kira siapakah lawan yang ditemui nanti. Apa yang pasti, kita akan cuba siapkan satu pasukan yang mampu catat kemenangan.

“Ini adalah kejohanan berpasukan, jadi kita tidak boleh harapkan seorang pemain sahaja kerana kita perlukan sekurang-kurangnya tiga mata untuk menang. Oleh itu, semua pemain perlu mainkan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau juga percaya Singapura pastinya turun dengan sema­ngat cukup tinggi apabila diketuai perseorangan lelaki utama, Loh Kean Yew yang masih segar de­ngan kejayaan merangkul kejua­raan dunia 2021 Disember lalu.

“Kean Yew adalah pemain yang handal dan perlu dihormati tetapi kita datang ke sini untuk pertandingan, jadi kita lawan sahaja. Mereka (Singapura) ada pe­ningkatan tetapi saya percaya kita mampu untuk menang,” ujarnya.

Choong Hann yang juga bekas pemain No.1 dunia juga memberi jaminan barisan kejurulatihan akan memberikan khidmat terbaik buat pemain-pemain negara bagi memastikan Malaysia mencapai keputusan positif.

Sebagai rekod, pasukan badminton lelaki negara meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan separuh akhir pada BATC bagi memastikan Malaysia layak ke saingan Piala Thomas 2022 Mei depan secara merit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI