fbpx

‘Saya sudah kembali pulih’ – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah dengan rawatan yang diberi Institut Jantung Negara (IJN) saya kembali pulih,” kata ringkas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi laman Instagramnya hari ini.

Mahathir menerusi rakaman video menerusi akaun, chedetofficial turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar kesihatannya kembali pulih.

“Rahsianya ialah saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi sayalah amat teruk. Ada kalanya saya tak harap untuk pulih tetapi alhamdulillah, dengan rawatan yang diberi di IJN..saya pulih.

“Waktu ini, saya boleh berjalan, boleh makan, boleh tidur dan boleh duduk. Almost (hampir) macam biasalah,” katanya.

Menerusi perkongsian sama, Mahathir turut dilihat berjalan-jalan di pesisir Tasik Putrajaya ditemani beberapa pegawai iringnya.

Malah, beliau turut ditemani dan dilihat berehat sambil menikmati sarapan pagi bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di tepi Tasik Putrajaya.

Sebelum ini, Mahathir dimasukkan ke IJN untuk rawatan perubatan serta prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar pada 5 Januari lalu namun, akan menjalani pemulihan dan pemeriksaan susulan di rumah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI