fbpx
NUR FAUZANA (tengah) kini menggalas tugas sebagai ketua keluarga selain mengurus suami dan anaknya yang menghadapi masalah kesihatan.

‘Bantu selamatkan nyawa anak saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang suri rumah terpaksa menggalas tanggungjawab besar termasuk mencari rezeki demi menyara keluarga selepas suaminya menghidap kanser pangkal hidung, manakala anaknya berdepan masalah jantung berlubang.

Nur Fauzana Aziz, 42, berkata, kehidupannya kini berubah sepenuhnya sehingga dia perlu membahagikan masa untuk menjaga suaminya, Arman Che Ani, 42, dan anak perempuannya, Nur Ayra Dayana Arman, 10.

“Suami yang sebelum ini ­bekerja sebagai pemandu lori turut diserang strok selain pernah terbabit kemalangan jalan raya pada 2022.

“Selain suami, Nur Ayra yang menghidap jantung kongenital sejak lahir juga berdepan masalah serius setelah menjalani pembedahan semasa bayi,” katanya.

Ceritanya lagi, anak bongsunya itu sebelum ini disahkan menghidap jantung kongenita jarang berlaku iaitu Truncus Arteriosus Type 1 dan Kecacatan Septum Ventrikel (VSD).

“Anak pernah menjalani pembedahan jantung ketika masih bayi dan membesar seperti kanak-kanak lain sebelum me­ngadu sakit dada sejak April.

Dalam pada itu, katanya, doktor telah menasihati supaya me­lakukan pembedahan segera.

“Pembedahan perlu dilakukan dalam kadar segera dengan melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM105,000,” katanya.

Pengerusi badan amal One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya berbesar hati bagi membantu meringankan beban keluarga dari Sungai Petani ini dengan mengumpul dana orang ramai.

“Keluarga ini mampu mengeluarkan belanja sendiri bagi pembedahan sebanyak RM6,000, manakala kita akan bantu mengumpul RM105,000 lagi,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Public Bank atas nama One Hope Charity & Welfare bernombor 3193433435 (Kod SWIFT: PBBEMYKL) atau hubungi talian hotline 04-539 9212.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN